• DSC08571
  • DSC08581
  • DSC08578
  • DSC08547
1

Masjid Taman Rinting

Masjid Taman Rinting — Wajah Baru, Semangat Baru

Alhamdulillah, kerja menaik taraf dinding mihrab & ruang imam di Masjid Taman Rinting kini siap sepenuhnya.

Rekaan panel bermotif geometri Islamik ini dihasilkan dengan kemasan yang teliti dan halus, memberi tekstur tiga dimensi yang moden sambil mengekalkan keindahan seni bina tradisi. Dilengkapi pencahayaan LED lembut di sekeliling, suasana ruang solat kini lebih tenang, terang dan mendamaikan.

Ukiran motif islamik diperbuat daripada bahan CLC Celuka ini adalah bahan kalis air yang mudah untuk diselenggara. Antara alternatif bahan yang sama adalah PVC Foamboard yang menggunakan komposisi bahan yang berbeza tetapi dengan hasil yang berbeza. Panel CLC Celuka ini dihasilkan menggunakan CNC Machine yang dipotong dengan tepat sepertimana yang dilakarkan didalam komputer. Bahan CLC Celuka ini adalah antara bahan yang sering digunakan untuk kemasan geometri samada di mihrab mahupun di facade bangunan masjid. 

Kami berharap sentuhan baru ini bukan sekadar memperindah ruang, tetapi juga menghidupkan lagi rasa khusyuk dan semangat jemaah untuk beribadah.

Kami di Flatpak, menghadirkan seni dan inovasi dalam setiap rekaan.

___________________________________________________________________________

Mihrab Johor Bahru made from Celuka Lattice Composite (CLC) or PVC Foamboard