Pusat Sivik Larkin
Share
Pusat Sivik Larkin ini adalah sebuah kompleks yang mempunyai ruang dewan serbaguna, ruang kediaman, dan juga surau yang luas bagi tujuan solat berjemaah harian mahupun majlis keagamaan. Surau ini dihiasi dengan ukiran geometri islamik yang di reka dengan menggunakan kemasan yang minimalis agar ruang tampak kemas dan luas, bersama penataan lampu berwarna kuning agar memberikan seri pada waktu malam untuk tatapan yang menenangkan.
Ukiran motif islamik diperbuat daripada bahan CLC Celuka ini adalah bahan kalis air yang mudah untuk diselenggara. Antara alternatif bahan yang sama adalah PVC Foamboard yang menggunakan komposisi bahan yang berbeza tetapi dengan hasil yang berbeza. Panel CLC Celuka ini dihasilkan menggunakan CNC Machine yang dipotong dengan tepat sepertimana yang dilakarkan didalam komputer. Bahan CLC Celuka ini adalah antara bahan yang sering digunakan untuk kemasan geometri samada di mihrab mahupun di facade bangunan masjid. CLC Celuka ini tahan dengan cuaca luar kalis air dan kalis matahari. kemasan akhir CLC Celuka ini adalah dengan semburan cat menjadikan CLC Celuka ini bahan yang fleksibel untuk diwarnakan mengikut kehendak rekabentuk ruang mahupun senibina bangunan.
___________________________________________________________________________
Mihrab Johor Bahru made from Celuka Lattice Composite (CLC) or PVC Foamboard